Home » » Sabun Taharah

Sabun Taharah

Harga Pasaran RM5.90


KINI !!!
Proses bersuci anda menjadi lebih mudah dengan kecanggihan teknologi !
Menjaga kebersihan diri dan persekitaran adalah merupakan ajaran dan suruhan setiap agama. Namun begitu, Agama Islam mempunyai prosedur tertentu di dalam membersihkan sesuatu yang kadang kalanya tidak tercapai oleh akal manusia sendiri akan rasionalnya.
Pengertian bersuci.
Bersuci menurut bahasa mudah sahaja, iaitu "membersihkan". Di dalam bahasa Arab, perkataan bersuci disebut sebagai "Taharah". Sementara definisi bersuci menurut syarak pula ialah : "Membersihkan diri daripada hadas dan najis hingga membolehkan seseorang itu mengerjakan ibadah."
Kepentingan bersuci.
Hukumnya adalah wajib, terutamanya kepada mereka yang mahu mengerjakan ibadah. Bab Taharah adalah merupakan perkara yang pertama diajarkan di dalam ilmu fiqh. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini kerana ianya akan memberi kesan kepada perkara-perkara lain didalam Islam khususnya di dalam soal ibadah.
Pengertian Najis.
Menurut bahasa, najis membawa maksud "benda-benda yang kotor". Sementara menurut istilah syarak pula, najis ialah "benda yang menegah sahnya ibadat kerananya".
Pembahagian najis.
Najis terbahagi kepada 3 jenis : Mughallazah, Mutawasthah dan Mukhaffah.
Najis Mutawasithah dan Mukhaffah lebih mudah untuk dibersihkan. Cukup sekadar dengan air biasa sahaja (Mutlak). Malahan untuk najis Mukhaffah, memadai dengan sekadar dengan renjis-renjisan air sahaja.
Namun begitu, lain halnya dengan Najis Mughallazah. Najis Mughallazah membawa maksud najis berat. Ianya terdiri dari anjing dan babi serta keturunannya, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kedua-duanya itu.
Bagaimana membersihkan najis mughallazah ?
Kaedah membersihkan najis mughallazah tidaklah sesukar mana. Anda hanya perlu membasuh kawasan yang terkena najis tersebut dengan air yang bercampur tanah terlebih dahulu, kemudian membilasnya pula dengan air biasa (mutlak) sebanyak enam kali. Proses ini dinamakan samak, atau sertu.
Suruhan ini adalah berdasarkan pada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Sucinya bekas/barangan salah seorang kamu apabila dijilat anjing dengan membasuhnya tujuh kali. Air yang pertamanya hendaklah dicampur dengan tanah". ( Riwayat Muslim )
Kenapa kita perlu melakukan SAMAK ?
Jawapan yang paling mudah ialah kerana ianya adalah perintah agama. Sebagai seorang yang beriman dengan hukum Allah, kita tidak seharusnya mempertikaikan kenapa kita harus melakukan demikian. Disitulah terletaknya keimanan kita dengan hukum Tuhan.
Namun terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa di dalam najis mughallazah ini terdapat sejenis kuman yang hanya boleh di matikan dengan hanya air yang mengandungi tanah. Maka kajian ini membuktikan betapa setiap perintah Allah s.w.t itu ada hikmah di sebaliknya yang di luar jangkauan akal manusia.

Memperkenalkan...
Dengan perkembangan teknologi terkini, telah menghasilkan sabun yang diperbuat dari tanah liat. TAHARAH

Sabun ini mengandungi lebih dari 95% kandungan tanah liat yang terpilih. Produk ini telah di usahakan oleh Taharah Global (M) Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik Bumiputera yang tidak perlu diragukan lagi akan kesuciannya. Bahkan kita seharusnya memberikan sokongan kepada syarikat ini di atas usaha-usaha Fardhu Kifayahnya.


Taharah bukan sekadar sabun untuk menyamak !
Taharah bukan sahaja mengandungi 90% tanah liat terpilih. Namun Taharah juga turut mengandungi :
  • Vitamin A, C dan E.
  • Minyak zaitun.
  • Mineral semulajadi seperti magnesium, sodium, kalsium dan potassium.
Dengan kandungan vitamin dan galian seperti yang dinyatakan di atas, sabun Taharah adalah merupakan sabun serbaguna yang turut boleh digunakan untuk :
  • Sebagai sabun mandian harian.
  • Boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran. Membantu membunuh kuman serta sisa-sisa racun serangga.
  • Boleh digunakan untuk membasuh barangan kemas, pakaian dan lain-lain lagi.
  • Sebagai sabun kecantikan dan kesihatan kulit.
Di antara khasiat dan kemujaraban sabun Taharah ialah :
  • Menghalus, mencerah, melembapkan dan melembutkan kulit
  • menghilangkan bau badan dan kotoran.
  • Merawat pelbagai penyakit kulit seperti panau, kurap, kudis, ruam, gatal-gatal, kulit kering, kelemumur serta rekahan tumit kaki.
  • Juga membantu menghilangkan jerawat, bintik hitam (jeragat), mengurangkan garis-garis penuaan (kedutan), serta memberi kesegaran yang berpanjangan.
Oleh itu, jika dilihat kepada fakta-fakta di atas, sabun TAHARAH adalah merupakan sabun SEMUA DALAM SATU !

Written by : Ainie Beauty Centre Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda