BERPANTAN selepas bersalin @ keguguran.... MEMANG MENYEKSAKAN terutama buat ibu-ibu moden yang bersendirian dirumah tanpa bantuan ibu atau mertua yang uzur.
Berbagai-bagai alasan diberikan untuk melepaskan diri dari berpantang secara tradisional yang perlu makan atau minum ubat pahit, bertangas, berparam, berpilis, bersengkak dan sebagainya.
KINI TIADA ALASAN LAGI kerana kehadiran SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA telah mengubah segala-galanya. BAGAIMANA ikuti Penjelasan kami.
SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA (SBI)?
SET BERSALIN IBU AMBAR KENANGA pemakanan lengkap 60 hari atau 2 bulan buat ibu-ibu bersalin biasa, bedah dan juga wanita keguguran (kurang setahun) kembali sihat dalaman, mental & fizikal serta memudahkan kehamilam semula menurut amalan perbidanan tradisi Arab turun temurun.
Cuba Set Bersalin IBU AK pantang tetap pantang CUMA TAK PAYAH berparam, berpilis, bertangas, berurut, bersengkak atau pantang melampau TETAPI KESANNYA sama seperti berpantang secara tradisional.
PERBEZAANNYA?
Set Bersalin AK diadun berasaskan rempah ratus seperti ketumbar, lada hitam, cengkih, habbastus sauda, kulit kayu manis dll. Ia mudah, ringkas & tidak banyak produk yang perlu dimakan. Untuk TIGA (3) hari pertama makan TIGA (3) produksahaja iaitu AK IBU, TIMOYAN @ TUJU MEROYAN & TIARAH @ TUJU DARAH dan seterusnya hanya makan SATU (1) produk sahaja iaitu AK IBU. Semuanya berbentuk kapsul sayur-sayuran yang mudah ditelah dan larut.
CUKUP KE?
MEMANG CUKUP sebab setiap kapsul AK IBU dirumus daripada berjenis-jenis rempah ratus yang mempunyai pelbagai khasiat& kebaikan untuk membaikpulih & menyihatkan kesihatan dalaman wanita bersalin atau keguguran.
SECARA JUJUR, siapa yang pernah habiskan produk yang dibeli? Kebanyakannya tidak & rasa bersalah. Jangan risau pasal berat badan, perut buncit, angin badan, masalah meroyan dan rahim kerana anda pasti anggun, ceria, sihat & berseri selepas berpantang.
KENAPA TAK PAYAH BERPARAM, BERPILIS & BERTANGAS, MACAM TAK BERTRADISI AJE?
JAWAPANNYA MUDAH SAHAJA! Ambar Kenanga masih mengamalkan fungsi berparam, berpilis atau bertangas. TETAPI yang membezakannya ialah cara amalannya dimana mengikut tradisional Melayu atau Jawa berparam, berpilis digunakan untuk penggunaan diluar sahaja. BERLAINAN PULAK dengan AMBAR KENANGA kerana ia memudahkan fungsi berparam, berpilis dan bertangas tanpa perlu guna luaran. Yang perlu dilakukan setiap pagi ambil dua (2) kapsul TIARAH @TUJU DARAH dan dua (2) kapsul TIMOYAN @ TUJU MEROYAN setiap petang sahaja selama 3 hari sahaja berserta AK IBU yang membaikpulih badan ibu-ibu bersalin@ keguguran.
TIMOYAN @ TUJU MEROYAN mempunyai fungsi yang sama seperti berparam & berpilis untuk mengecutkan Batu Meroyan dan menaikkan rahim ketempat asal manakala TIARAH @ TUJU DARAH berfungsi seperti bertangas untuk mengeluarkan darah-darah kotor yang terselit didalam rahim.
WANITA KEGUGURAN?
Wanita keguguran samada keguguran spontan, perubatan atau paksaan sering mengambil mudah atau memandang ringan penjagaan dalaman semasa keguguran sehingga mengalami pelbagai pemasalahan seperti kesukaran hamil semula, kitaran haid, emosi, keputihan dan lain-lain.
AMBAR KENANGA menyediakan SET BERSALIN AMBAR KENANGA untuk keguguran kurang setahun disebabkan darah-darah kotor yang terselit dirahim masih belum kering dan harus mengambil TIARAH @ TUJU DARAH untuk mengeluarkannya. Seterusnya SET SAYYIDA AMBAR (SSA) berterusan.. Sementara SET SAYYIDA AMBAR untuk keguguran lebih setahun berterusan.
BILA HARUS MULA SET BERSALIN AK?
1. Ibu-ibu samada bersalin biasa @ bedah hendaklah mula makan kesemua produk SBI AK TUJUH ( 7 ) HARI ATAU SEMINGGU SELEPAS BERSALIN.
2. Wanita Keguguran atau kematian bayi boleh mula makan secepat mungkin.
CARA PENGAMBILAN PRODUK SET BERSALIN AK?
KETIGA-TIGA PRODUK SBI AK HENDAKLAH DIMAKAN SERENTAK UNTUK KESAN OPTIMA. DILARANG MAKAN BERASINGAN KECUALI ANAK MASIH KUNING @ G6PD AMBIL TIMOYAN & TIARAH DAHULU. !!
LAPAN HINGGA SEPULUH HARI SELEPAS BESALIN
PAGI :- Ambil dua 2 kapsul AK IBU & dua 2 kapsul TIARAH @ TUJU DARAHselepas makan selama TIGA (3) PAGI berturut-turut.
PETANG :- Ambil dua (2) kapsul TIMOYAN @TUJU MEROYAN dengan segelas air suam selama TIGA (3) PETANG berturut-turut dan patuhi WAKTU MAKAN DARI 5 PETANG HINGGA 7 MALAM SAHAJA, TUJU MEROYAN MESTI DI MAKAN SEPERTI BERDIRI DISEBALIK PINTU ( amalan petua )
MALAM :- Ambil dua (2) kapsul AK IBU sebelum tidur.
PENERANGAN : Menurut nenek moyang kami batu meroyan terletak ditempat yang menyorok. Kita mesti makan berdiri :- satu senaman untuk menaikkan rahim & batu meroyan serta melancarkan darah. Ibu selepas bersalin mengalami tekanan emosi yang tidak menentu disebabkan kitaran hormon.Jadi memerlukan suasana tenang dan bilik merupakan suatu privasi serta tempat baik untuk merasa selamat dan timbul rasa riang.
HARI KE SEBELAS (11) DAN SETERUSNYA
PAGI :- Ambil dua 2 kapsul AK IBU selepas sarapan pagi; dan
MALAM :- Ambil dua (2) kapsul AK IBU sebelum tidur.
AMALKAN JUS AMBAR & MINYAK AK SEMASA PANTANG?
Memandangkan produk SBI hanya dimakan selepas tujuh (7) hari selepas pantang amalkan dahulu dengan meminum JUS AMBAR sebanyak 3 botol sehari pagi, petang & malam. JUS AMBAR adalah gantian kepada air akar kayu yang memberi kesegaran dan kelegaan serta merta atas keletihan, beri tenaga, pening, sembelit dan sebagainya.
MINYAK AMBAR KENANGA elok disapu pada bayi agar tidak kembung, batuk dan kulit yang cantik. Buat ibu pula boleh digunakan sebagai minyak urut dan sentiasa sapu ditelapak kaki untuk beri kelegaan.
KESAN KEPADA BAYI ?
Insyaallah Bayi tidak akan kembung kalau disapu dengan MINYAK AMBARKENANGA diperut & betis bayi. Bayi akan mengeluarkan najis kerap pada minggu pertama atau kedua, ini adalah untuk mencerna sisa dihati serta menguatkan sistem pertahanan hati. Sekiranya teruk, dinasihati berjumpa doktor kanak-kanak.
Sekiranya Bayi Kuning , ibu hendaklah berhenti sementara makan produk-produkSBI AK dan beri bayi serta ibu minum air glukosa tanpa perasa. Insyaallah berkurangan. Bila berkurangan teruskan semula pemakanan produk SBI AK . Apa-apapun dapatkan tahap ketinggian sakit kuning bayi sebelum keluar hospital.
CARA MAKAN SEKIRANYA BAYI MASIH KUNING @ PENGHIDAP G6PD ?
ISEKIRANYA BAYI MASIH KUNING selepas 7 hari, ibu hendaklah mengambil TIMOYAN & TIARAH SAHAJA dan bila sudah berkurangan boleh amalkan AK IBU seperti biasa iaitu 2 pagi & 2 malam.
SEKIRANYA BAYI MENGHIDAP G6PD, ibu boleh amalkan TIMOYAN & TIARAH SAHAJA dan selepas habis pemakanan TIMOYAN & TIARAH , amalkan AK IBU SATU ( 1) kapsul AK IBU setiap malam selama 3 hari. Diikuti dengan 1 kapsul AK IBU pagi & malam. Seterusnya, amalkan seperti biasa 2 kapsul pagi & malam.
Nasihat kami kepada ibu yang mempunyai anak penghidap G6PD kadang kala memberi susu alternatif lebih baik daripada susu ibu agar bayi tidak mudah mendapat kuning yang boleh merosakkan tumbesaran bayi. Ibu juga harus menjaga kesihatan dalaman agar sentiasa sihat & ceria tanpa perlu risau akan kesihatan bayi anda.
KENAPA TAK PAYAH SENGKAK RAHIM?
Pada pandangan kami, sekiranya anda ingin mengurut silakan tapi pastikan bukan dibahagian perut atau rahim. Ini adalah kerana rahim mengalami kecederaan dan kebengkakan apabila melahirkan bayi. Jangan risau sekiranya ingin disengkak,ia boleh disengkak setelah enam ( 6) bulan apabila semua urat-urat dan kesihatan dalaman kembali normal.
Kalau tidak disengkak tiada masalah sebab produk-produk SBI AK dan SSA memadai dan mencukupi kembalikan rahim ketempat asal TANPA PERLUDISENGKAK. Apa-apapun kami menghormati keputusan yang anda buat.
BOLEH PAKAI BENGKONG/BARUT?
Ramai yang risau sekiranya tidak memakai bengkung takut perut buncit, megeleber dan macam-macam. Sebenarnya perut buncit selepas bersalin disebabkan rahim mengalami kebengkakan serta kecederaan.
Percayalah ia tidak memberi sebarang kesan samada pakai atau tidak! Sebenarnya pemakanan dan amalan yang sihat semasa dalam pantang dan sesudah amatlah penting. Amalkan minum air masak segelas setiap sejam agar perut kempis & pecah lemak. Apa-apa pun keputusan ditangan anda.
PRODUK SELEPAS PANTANG?
Menurut kajian, kesihatan dalaman ibu-ibu bersalin @ keguguran akan kembali normal sekurang-kurangnya Enam (6) bulan dari tarikh bersalin@ keguguran. Jadi penjagaan ibu bersalin @ keguguran bukan sahaja semasa dalam pantang tetapi seharusnya berterusan untuk mengembalikan stamina dan memudahkan kehamilan semula.
Selepas habis pantang , amalkan SET SAYYIDA AMBAR berterusan untuk kekuatan kesihatan dalaman berterusan.
LARANGAN!!!
SEMASA PENGAMBILAN SET BERSALIN IBU AK, DI NASIHATKAN ELAK MENGAMBIL SEBARANG PRODUK MAKANAN ATAU MINUMAN YANG BERASASKAN HERBA DAN AKAR KAYU.
SEKIRANYA PENGAMBILAN UBATAN DOKTOR, SILA JARAKAN MASA SELAMA TIGA ( 3 ) JAM SEBELUM PENGAMBILAN UBAT SET BERSALIN IBU ..
. NASIHAT/PETUA?
1. Habiskan ubatan doktor dan REHAT SECUKUPNYA. Dilarang menjerit, mengangkat benda-benda berat serta terperanjat selama dua (2) minggu .Ini akan menyebabkan pertumpahan darah atau bentan. Sekiranya berlaku pertumpahan darah yang banyak pada minggu pertama & kedua sila minumJUS AMBAR dan segera berjumpa doktor.
2. Anda bentan , titik bawang putih dan digosok disetiap jari kuku kaki & tangan ,minum JUS AMBAR dan sapu MINYAK AK.
3. Mandi sekali dalam sehari pada waktu pagi sebelum pukul 9.00 pagi dan sebelah petang lap badan dengan tuala basah & kering. Untuk elak angin sejuk masuk dalam urat & badan dan badan menjadi Boyak.
4. Minum air suam sekurang-kurangnya 2- 3 liter sehari atau setiap sejam satu gelas sehingga 8 gelas sehari. Elakkan minum air nenas, oren. limau, assam, kopi, teh dan bergas. Minum air suam dapat menambah air susu, mengembalikan darah yang hilang dan membuang toksik agar badan kembali normal atau kurus.
5. Minum air suam/kosong tidak akan membuat anda boyak atau rahim kembang kerana ia tiada kalori dan akan cepat merawat rahim serta luka-luka dengan segera. Yang membuat anda boyak ialah pemakanan dan amalan kehidupan yang tidak sihat seperti lebihan garam.
6. Water retention atau lebihan air dalam badan disebabkan minum air suam/kosong banyak? MENGARUTLAH, sekiranya terdapat air lebihan / water retention dalam badan ini bermakna anda mempunyai masalah buah pinggang kerana fungsi buah pinggang salah satunya adalah untuk menyingkir lebihan air didalam badan.
7. Tanda anda kurang air ialah apabila anda rasa dahaga,pening & cepat letih.. Air suam/kosong tiada kalori ia membantu memecahkan lemak dan meningkatkan metobolisme badan anda. Badan kembali sihat, cergas dan langsing.
8. Minum juga air madu setiap pagi pastikan yang asli atau organik tanpa campuran gula tambahan untuk memberi kekuatan kesihatan dan minda. Amalkan minum air segelas dan makan buah-buahan sebelum makan makanan pagi , tengahari dan petang. Selepas selesai makan pagi, tengahari atau malam cuba berjalan dengan mengambil 80 langkah baru berehat. Dan hanya minum air suam 30 minit atau sejam selepas makan. Jangan berulam air semasa makan.
9.Ambil sayur-sayuran yang dicelur, direbus, kukus atau digoreng, hindari makan sayur-sayuran mentah untuk pastikan kebersihan yang kadang-kala buat perut kembung atau rasa sebu.Makan juga buah-buahan seperti betik, guava, pear, anggur dan lain-lain
.
.
10. Amalkan pemakanan seimbang dengan memastikan setiap hidangan ada kaborhidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan makanan manis, masin & berlemak. Insyallah pasti kembali langsing & perut kempis.
Satu (1) peket / 6 kapsul TIARAH @ TUJU DARAH AK untuk pemakanan 3 hari
dan pada waktu pagi sahaja.GANTIAN FUNGSI bertangas atau bertungku.
Empat (4) Botol AK IBU untuk pemakanan 60 hari sahaja dan seterusnya amalkan
Produk AK WANITA Ambar Kenanga. AK IBU digunakan secara tradisional
untuk kesihatan dan menguatkan badan wanita selepas bersalin.
Satu (1) peket / 6 kapsul TIMOYAN @ TUJUMEROYAN AK untuk pemakanan 3 hari
pada waktu petang sahaja .GANTIAN FUNGSI berparam atau berpilis.
|