B’White ialah produk penjagaan kulit anti-penuaan yang selamat. Ia dihasilkan melalui kajian terkini. Dengan tidak langsung, B’White merupakan alternatif terbaik kepada pembedahan `facelift’.
Kebanyakan produk penjagaan kulit anti-penuaan membuat pengakuan yang sama iaitu “Mengurangkan kelihatannya garisan halus serta kedut pada muka”. Daripada mengurangkan kedut dari kelihatan, mengapa tidak menghilangkannya terus dengan menggunakan kuasa kolagen yang aktif dari segi biologi melalui B’White.
Anda akan mendapati perbezaan yang terdapat pada kulit dengan menjadikan ia lebih lembut, gebu dan licin. Selain dari itu, anda akan mendapat kebaikan jangka panjang yang sama seperti mereka yang mengalami pembedahan `facelift’ tanpa merasa sakit serta melalui proses pemulihan dan juga pembelanjaan wang yang banyak.
Dengan kandungan kolagen yang aktif dari segi biologi yang dicipta khas, ia merupakan unsur yang sama dengan kolagen semulajadi manusia. Sekarang anda berpeluang untuk menggantikan kolagen yang telah hilang pada wajah anda dengan menggunakan sejenis fomula yang dihasilkan dari kolagen ikan. Fomula ini yang benar-benar mampu untuk membina kembali kulit dari setiap sudut. Ini semua dapat dilakukan tanpa suntikan mahupun pembedahan.
Bolehkah perubahan pada kulit anda berlaku dengan sekelip mata? Tentunya tidak. Namun dengan berlakunya proses penggantian kolagen pada kulit anda, sudah tentu perubahan positif dapat dirasakan pada diri. Perubahan berterusan ini akhirnya akan melahirkan satu tranformasi yang mengkagumkan.
Hasil kajian terkini telah menghasilkan sistem penjagaan kulit anti-penuaan yang mampu berjaya:
1. Tanpa temujanji yang memalukan dengan doktor.
2. Tanpa suntikan yang menyakitkan.
3. Tanpa bekas serta parut akibat suntikan.
4. Tanpa megambil masa untuk proses pemulihan.
5. Tanpa kesan sampingan, reaksi negatif serta alahan.
6. Tanpa membelanjakan jumlah wang yang besar untuk rawatan serta temujanji.
Yang penting sekali, B’White dihasilkan dari kulit ikan yang melalui proses penapisan tinggi ‘hyperfiltration’ melalui jaringan halus sutera. Hasilnya merupahan sesuatu yang menakjubkan.
Keunikan formula B’White ialah ianya menggantikan kolagen yang telah hilang dari kulit. Kolagen merupakan protin yang penting terdapat pada seluruh badan kita. Ia merupakan unsur asas dalam pembentukan kulit, sendi dan juga organ-organ tertentu. Setelah umur menjangkau 25 tahun, tubuh seseorang akan kehilangan daya untuk menghasilkan kolagen. Untuk melawan proses penuaan ini, seseorang perlu menggantikan kolagen yang telah pun hilang.
Sejak tahun 1999, bidang pembedahan plastik juga telah mula menjauhi dari menggunakan kolagen lembu. Risikonya bertambah dengan hadirnya Penyakit Lembu Gila. Penyakit ini sudah cukup untuk membuat ramai menggelak penggunaan kolagen lembu.
Apakan bezanya antara kolagen yang tedapat pada lembu dan ikan?
Kolagen yang terdapat pada lembu akan menyebabkan manusia mengalami beberapa jenis alahan. Kolagen ikan pula tidak menghasilkan tindakbalas yang negatif pada manusia. Ikan yang digunakan dalam produk kami merupakan dari mutu yang tertinggi – ikan yang ditangkap dari takungan air semulajadi yang tidak dicemari.
Terciptanya kolagen ikan yang aktif dari aspek biologi bermakna yang kolagen jenis ini dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix’, struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini dalam bidang kosmetik dan kesihatan kulit.
Untuk lebih memahami pentingnya nilai penemuan ciptaan kami, sedikit kefahaman harus dicapai terlebih dahulu. Harus diingatkan, produk kami boleh dianggap sebagai lebaran baru yang telah mengubah bidang kosmetik serta kajian kulit hari ini.
Kolagen dan elastin merupakan jenis-jenis protin yang menyokong struktur sel pada badan manusia. Keduanya menghasilkan jaringan kompleks yang mampu menguatkan bentuk setiap sel. Pada masa yang sama, keduanya menambahkan daya tahan serta keanjalan dan keteguhan sel.
Setelah umur meningkat ke pertengahan 20an, penghasilan semulajadi kolagen berkurangan dan akibatnya, kulit akan kehilangan sifat-sifat yang terdahulu. Sepertimana otot menjadi bertambah lemah, tulang kehilangan kalsium, proses penuaan akan mengambil tempat dengan kurangnya kolagen. Harus diingat, penghasilan kolagen dengan semulajadinya menurun bila umur seseorang meningkat..
Setelah menjangkau 30 tahun, kebanyakkan dari kita akan mengalami kulit menjadi kering dan lesu.Keadaan ini disebabkan serat kolagen dan elastin yang selama ini bertindak untuk memperkuatkan tisu menjadi kurang dan akhirnya lemah. Toksin serta sesetengah enzim pula memburukkan lagi keadaan kerana mereka mampu menghapuskan vitamin serta unsur-unsur penting yang diperlukan untuk penghasilan kolagen.
B’White mampu menyerapi lapisan kulit, menghasilkan kerangka yang kuat untuk penghasilan kolagen baru. Kajian terhadap kulit manusia mendapati kerangka yang terhasil dari produk kami terbukti mampu mengeluarkan kolagen, menguatkan struktur kulit dan juga menambahkan kelembapannya.
Kolagen boleh ditakrifkan sebagai kumpulan serat protin yang terdapat pada kesemua vertebrata (hidupan bertulang belakang). Kolagen bertanggungjawab menentukan bentuk sel dan juga `mengikat’ rangkaian sel. Secara tidak langsung, kolagen bertindak sebagai rangka kepada sel-sel. TANPANYA MUNGKIN TIADA KEHIDUPAN. Ia merupakan diantara 50% ke 80% dari jumlah protin pada tubuh manusia. Untuk memastikan yang keutuhan kerangka sel terjamin, setiap organisma (hidupan) harus menghasil dan mengganti jumlah kolagen dibadan. Sehingga umur 25 tahun, tubuh seseorang mampu menghasilkan kolagen untuk tulang sentiasa kuat dan kulit sentiasa tegang dan gebu. Malangnya bila usia menjangkau 25 tahun, proses penghasilan kolagen dengan semulajadi berkurangan. Fenomena ini menyebabkan bermulanya proses penuaan (aging) seperti; kulit menjadi kendur – berkedut dan kering. Perubahan pada struktur dan sistem tulang dapat dilihat dengan datangnya penyakit osteoporosis – tulang rapuh, sakit sendi dan lain-lain.
Ia berkesan menangani :
1. proses penuaan kulit
2. masalah jerawat dan parut jerawat
3. kedutan pada kulit
4. vena verikos (urat timbul)
5. rekahan kulit (stretch marks)
6. sakit pinggang
7. rhumatoid atritis (penyakit sendi/tulang)
8. bengkak sendi
Ia juga didapati sungguh efektif untuk:
1. menambahkan keanjalan dan ketegangan kulit
2. melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
3. menguatkan otot
4. menguatkan tulang
5. melawan `multiple sclerosis’ dengan membina semula lapisan protin pada saraf
6. membantu proses terapi hormon kepada wanita yang mengalami menopause.
Kita boleh membuat rumusan yang protin kolagen mampu dijana serta dihasilkan dari luaran. Proses ini perlu kerana tubuh adakalanya sudah tidak mampu untuk menghasilkan serat protin yang penting ini.
KANDUNGAN RAMUAN ;
Dektrosa, serbuk oren, psyllium husk, kolagen marin, ekstrak gamat, kolostrum, ekstrak aloe vera, asid sitrik, ekstrak biji anggur dan astaxanthin
INDIKASI :
Makanan kesihatan serta pembina tenaga serta kesegaran untuk wanita & lelaki.
MAKLUMAT HIDANGAN :
Tuang 1 sachet ke dalam mulut dan minum 1 gelas penuh air kosong atau jus buah-buahan.