Daftar Member Card Percuma



Kepada Pelanggan Yang Dihormati , Sila Daftar Member Card Percuma Di Mana-Mana 
Cawangan Kami :

Kelebihan Member Card :

# Nikmati Lebih Diskaun
# Kumpul Point Value
# Dapat Rebat Tunai
# Boleh Digunakan Di Semua Cawangan Kami
# Tiada Tarikh Luput 

Tiada Sebarang Bayaran Dikenakan , Ianya Percuma.

Kami Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Atas Sokongan Anda.

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi Kami :

011 34759479 ( Whatsapp @ Sms )
011 40212535 ( Whatsapp @ Sms )








































































Kopi Senyum


Harga Pasaran : RM 28.50

Kopi Senyum Semanis Kurma
Kopi Senyum adalah minuman kopi segera pra campuran yang berkhasiat dan memberikan tenaga segera. Ia tidak mengandungi sebarang perasa, aroma kopi tiruan, perwarna dan bahan awet . Secara tradisinya kurma adalah makanan berkhasiat pemberi tenaga dan menguatkan tubuh di samping sebagai antibodi yang baik.

Dengan rasa enak menyegarkan,  Kopi Senyum baik untuk seisi keluarga dan boleh diminum oleh sesiapa juga pada bila-bila masa.

Kurma adalah buah yang mengandungi pelbagai khasiat baik untuk kesihatan secara menyeluruh. Ia kaya dengan protein serat, gula, vitamin A & C, serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium, fosfuros dan potassium.
Menurut kajian, kandungan gula yang terdapat di dalam kurma telah ditukar secara semulajadi dan sekaligus tenaga dapat diserap serta merta oleh tubuh badan. Ia berbeza dengan kebanyakan gula yang terdapat di dalam buah-buahan dikenali sebagai fruktosa atau gula tebu yang mengandungi sukrosa dan perlu melalui proses pengubahsuaian untuk diserap oleh tubuh badan manusia

Kopi Senyum bebas dari sebarang dadah berjadual, perangsang tenaga kimia (stimulant) dan juga logam berat seperti cadmium, lead, arsenic dan juga mercury.

Kandungan :-

Ekstrak kopi arabica
Krimer bukan tenusu
Ekstrak kurma merah
Ekstrak red beet
Gula perang
Stevia
Madu
Dextrose monohidrat

Kurma adalah buah yang mengandungi pelbagai khasiat baik untuk kesihatan secara menyeluruh. Ia kaya dengan protin serat, gula, vitamin A & c, serta zat galian seperti besi, kalsium, sodium, fosfuros dan potassium.
Menurut kajian , kandungan gula yang terdapat di dalam kurma telah ditukar secara semulajadi dan sekaligus tenaga dapat diserap serta merta oleh tubuh badan. Ia berbeza dengan kebanyakan gula yang terdapat di dalam buah-buahan dikenali sebagai Farktosa atau gula tebu yang mengandungi Sukrosa dan perlu melalui proses pengubahsuaian untuk diserap oleh tubuh badan manusia.Gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh dan terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa. Glukosa pula diserap oleh tubuh untuk membekalkan tenaga.
Kurma juga enak dinikmati tanpa dibuang bahagian kulitnya. Kulit kurma mengandungi pelbagai khasiat kerana ia mempunyai kandunagan serat yang tinggi.

Serat ini berperanan melawaskan makanan dan mencegah penyakit seperti barah usus. Kulit kurma yang mengandungi serat, amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi dan banyak mengandungi potasium yang diperlukan oleh badan untuk sistem saraf.

Pengambilan potasium yang berlebihan tidak mengumpul toksik di dalam badan dan tidak memudaratkan. Ia baik untuk golongan yang mengalami masalah sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, letih, lesu, mengalami tekanan serta menguatkan daya ingatan.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 2 %, serat hampir 4 % manakala kandungan gulanya antara 50 hingga 57 % glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semula jadi. Ini bermakna, apabila menjamah kurma, tenaga yang diserap badan adalah serta merta.

Mineral yang terkandung dalam kurma juga sangat diperlukan oleh tubuh seperti zat besi, magnesium, kalsium dan kalium yang dikatakan mampu mencegahkan penyakit strok.

Asam nikotinat dan serat berfungsi melancarkan perjalanan usus dan mengaktifkannya sehingga mempermudah proses penghadaman dan pembuangan.

Hormon yang dikenali sebagai potuchsin pula berperanan mencegah pembekuan darah, mengatasi peradangan/inflamasi serta menpengaruhi kelenjar prostate yang menghasilkan kelompok asam lemak hidroksida dalam merangsang kontraksi otot serta menurunkan tekanan darah tinggi.
Kalium yang banyak terkandung dalam kurma sangat baik untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah kerana kalium berfungsi untuk menstabilkan denyutan jantung, mengaktifkan kontraksi otot-ototnya sekaligus mengatur tekanan darah. Wanita hamil juga amat digalakkan menjamah kurma kerana ia baik untuk si ibu juga bayi yang dikandungnya itu.
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin.

Kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar, merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Khasiat kurma telah terbukti dalam membantu memanaskan badan, mencergask otak dan tubuh serta mencergaskan minda dan membantu tumbesaran kanak-kanak. Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah dan menghindarkan daripenyakit barah, merawat buah pinggang dan mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran.





















Umma Lacto Milk Booster

Harga Pasaran RM 60.00
Kandungan : 10 Sachet

Umma Lacto adalah ramuan khusus untuk ibu2 yang menyusukan anak. Ianya dirumus dari 19 bahan semulajadi yang berkhasiat seperti susu kambing, kurma, habatussauda, madu, ekstrak halia, alfafa, kismis, halba, beras perang, stevia, spirulina, manna (gam arab), serbuk soya, ekstrak bawang putih, fruktosa, serbuk protein dan fibre dari buah2an. Ianya dapat menambahkan kualiti susu ibu.


Kelebihan Umma Lacto:


# membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
# memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
# membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
# membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
# membantu mengelakkan sembelit
# membantu kesihatan perut dan kolon
# sebagai prebiotik ibu dan anak
# membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
# membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
# membantu mengurangkan kadar kolestro dalam badan
# membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin 
# membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin

# membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut



Khasiat Umma Lacto:
*menambah kualiti dan kuantiti susu ibu
*mengelakkan sembelit
*memberi rasa kenyang dan bertenaga pada ibu
*membuang angin
*mengurangkan paras kolesterol dalam badan
*membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin dan banyak lagi khasiatnya





Golongan Pengguna:
Ibu yang menyusukan bayi sahaja.


cara penggunaan/pemakanan?
  • minum 1 sachet pagi dan/atau 1 sachet malam. Bancuh dengan air suam atau biasa dalam 150-250ml *ikut kesesuaian rasa setiap individu
  • tidak digalakkan membancuh menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang. 
  • minum air masak @ kosong secukupnya.
  • tiada pantang larang pengambilan. Jika diambil bersama suplemen lain, jarakkan pengambilan antara 1-2 jam antara kedua suplemen.

tips untuk para ibu menyusukan anak

  • susukan bayi anda @ pam susu mengikut masa selang masa yang teratur @ tetap. pam waktu pagi, tengahari, petang atau malam.
  • makan makanan yang berkhasiat.
  • kurangkan minuman berkafein. 





Zarra BB Cream Plus Collagen

Harga Pasaran RM 38.00


ZARRA BB CREAM ++ COLLAGEN

Zarra BB Cream ++ Collagen menyerap ke dalam kulit walaupun anda sedang bermekap dengan memberi tona kulit yang sekata dan kulit sehalus bayi dan awet muda serta kulit yang kekal tegang dengan bantuan kolagen.
Kandungan: Zarra BB Cream ++ Collagen 10ml

KHASIAT ZARRA BB CREAM ++ COLLAGEN

  • Memberi tona kulit yang sekata dan menjadikan wajah selembut kulit bayi dan kelihatanawet muda.

CARA PENGGUNAAN ZARRA BB CREAM ++ COLLAGEN

  • Tuang krim secukupnya pada bahagian atas tangan.
  • Gunakan hujung jari dan letak sebanyak lima dot pada hidung, dagu, dua pipi dan dahi.
  • Ratakan sapuan dengan perlahan sehingga melitupi seluruh muka dan leher.



















Zarra Collagen Masker

Harga Pasaran RM 45.00


ZARRA COLLAGEN MASKER

Zarra Collagen Masker diperkaya dengan 18 jenis silk amino acid yang sangat berkesan untuk meningkatkan kolagen, menguatkan ikatan sel kulit dan menjadikan kulit lebih anjal. Masker ini juga membantu menjadikan kulit lebih cerah, menghaluskan, melembabkan, dan menjadikan kulit lebih berseri. Tiada lagi kedut dan garis halus mahupun wajah yang kusam.
Kandugan: 10 pek

KHASIAT ZARRA COLLAGEN MASKER

  • Meningkatkan kolagen.
  • Menguatkan ikatan sel kulit.
  • Menjadikan kulit lebih anjal.
  • Membantu menjadikan kulit lebih cerah,
  • Menghaluskan, melembabkan, dan menjadikan kulit lebih berseri

CARA PENGGUNAAN ZARRA COLLAGEN MASKER

  • Buka paket dan sapu rata masker ke seluruh wajah dan leher.
  • Elakkan sapuan pada bahagian mata dan bibir.
  • Pakai sebelum tidur dan biarkan pada wajah semalaman.
  • Cuci masker pada wajah pada keesokannya selepas bangun daripada tidur.
  • Boleh digunakan setiap malam atau selang sehari.










Zarra Zaria Red

Harga pasaran RM 120.00
Dapatkan Harga Promosi Hebat Di Premis Perniagaan Kami !!!

ZARRA ZARIA RED

Kulit anda hitam dan tidak bercahaya?. Berjerawat? Kusam? Kendur? Bertompok? Berjeragat?
Kini anda boleh bebas dari semua ini dengan Zaria Red. Fenomena terbaru dalam penjagaan kulit. ZARRA penuh dengan testimoni.. Nak kulit wajah cantik, cerah, gebu dan tampak lebih muda?
MUDAH Hanya dengan ZARIA RED! Tampak diri anda luar biasa! Wajah itu rezeki anda!
Kandungan:
  • Cleanser 80ml
  • Toner 60ml
  • Day Cream 10g
  • Night Cream 10g

KHASIAT ZARRA ZARIA RED

Cleanser

  • Membersih, menyegar dan mencerah.
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Toner

  • Menyaman dan menyegarkan kulit.
  • Memelihara dan membuatkan kulit lebih sihat.

Day Cream

  • Mencegah kulit kering, melindung wajah daripada sinaran UV dan mengekalkan kelembapan dan kesegaran kulit wajah sepanjang hari.

Night Cream

  • Meremaja, membina elastin dan kekenyalan kulit.
  • Memperbaharui pertumbuhan sel kulit dan mengekalkan kelembapan kulit muka sepanjang malam.

CARA PENGGUNAAN ZARRA ZARIA RED

Cleanser

  • Goncang botol sebelum guna.
  • Tuang gel pembersih pada hujung jari dan urut keseluruh muka dan leher dengan lembut.
  • Bilas dengan air.

Toner

  • Selepas membersih, tuang penyegar di telapak tangan atau sembur sahaja ke seluruh muka.
  • Urut dengan perlahan sehingga menyerap.
  • Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari sebagai rutin kecantikan.

Day Cream

  • Sapu rata krim ke seluruh kulit muka dan leher sebelum menggunakan mekap.
  • Untuk kesan terbaik gunakan setiap hari pada waktu siang.

Night Cream

  • Cuci muka dengan gel pembersih dan letak penyegar.
  • Letak krim pada hujung jari dan sapu rata ke seluruh kulit muka.
  • Urut lembut pada gerakan arah keluar dan ke atas.
  • Untuk kesan terbaik gunakan setiap malam.



Zarra Seri 7 Whitening

Harga Pasaran RM 78.00

ZARRA SERI 7 WHITENING

ZARRA SERI 7 Whitening merupakan Set Rawatan Pencerahan Kulit Dalam 7 Hari. Mengandingi Vit-C Serum Pencerah untuk mengurangkan pembentukan melamin termasuk mencerahkan kesan jeragat dengan berkesan dan menghasilkan tona kulit yang sekata. Dengan Pelindung SPF 55 ia dapat melindungi kulit daripada kerosakan UVA/UVB sehingga 8 jam. Anda boleh mencuba produk ini untuk menghasilkan tona kulit yang sekata,menjadikan wajah selembut kulit bayi dan kelihatan awet muda.
Kandungan:
  • Vit-C Whitening Serum 10g
  • Suncare SPF 55 10g

KHASIAT ZARRA SERI 7 WHITENING

  • Mengurangkan pembentukan melamin, mencerahkan kesan jeragat dengan berkesan dan menghasilkan tona kulit yang sekata.
  • Melindung kulit daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya sehingga 8 jam.

CARA PENGGUNAAN ZARRA SERI 7 WHITENING

Vit-C Whitening Serum

  • Bersih dan segarkan kulit muka, kemudian sapu rata pada seluruh muka dan kulit.
  • Untuk kesan terbaik gunakan dua kali sehari (siang & malam).

Suncare SPF 55

  • Selepas menggunakan serum, sapu rata krim pelindung pada seluruh kulit muka dan leher yang terdedah kepada sinaran UV.
  • Gunakan pada waktu siang sahaja dan sebelum mengenakan mekap.






Zarra Seri 7 Regenerasi

Harga Pasaran RM 68.00
Dapatkan Harga Promosi Hebat Di Premis Perniagaan Kami !!!

ZARRA SERI 7 REGENERASI

ZARRA SERI 7 Regeneration merupakan set rawatan bulanan khusus untuk kulit remaja sehingga usia lewat 20-an
Guna 7 hari sahaja dalam sebulan
Kandungan:
  • Serum Awet Muda Rejuvenasi & Regenerasi 10g
  • Pelindung SPF 55 10g

KHASIAT ZARRA SERI 7 REGENERASI

  • Membersih kulit secara mendalam sehingga ke liang pori, membuang sel kulit mati dengan berkesan, anti-penuaan, anti-kedutan dan meningkatkan tahap penyerapan kulit.
  • Melindung kulit daripada sinaran UVA/UVB yang berbahaya sehingga 8 jam.

CARA PENGGUNAAN ZARRA SERI 7 REGENERASI

Serum Awet Muda Rejuvenasi & Regenerasi

  • Bersih dan segarkan kulit muka, kemudian sapu rata serum ke seluruh muka dan leher.
  • Untuk kesan terbaik, guna serum selama 7 hari berturut-turut menggantikan penggunaan krim siang dan krim malam.
  • Peringatan: Rasa kulit tegang dan sedikit menggelupas adalah perkara biasa dalam proses membuang kulit mati.
  • Elak penggunaan produk berasaskan krim dalam tempoh rawatan menggunakan set ini.
  • Jangan gunakan di kawasan mata.

Pelindung SPF 55

  • Sapu rata krim pada seluruh kulit muka dan leher yang terdedah kepada sinaran UV.
  • Gunakan pada waktu siang sahaja dan sebelum mengenakan mekap.